
nizam1356
2 tahun
Perut tak selesa dan pening kepala
Assalamualaikum saya lelaki dan berumur 27 tahun. Saya mengalami perut yang tidak selesa, pening kepala dan semasa berbuka saya tiada selera sangat untuk makan. Jadi bolehkah saya tahu masalah yang terjadi? Dan sewaktu berpuasa, patutkah saya berbuka? Kerana pening kepala. Untuk pengetahuan, benda ini terjadi selepas saya berbuka apabila terus minum air teh o ais bercampur kordial oren. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Bagi masalah perut tidak selesa kemungkinan di sebabkan tuan berbuka puasa dengan minum air teh o ais. Ia kerana minuman sejuk tidak sesuai diminum apabila perut tengah kosong. Saya nasihatkan untuk minum air mineral atau pun suam/panas ketika berbuka. Elakkan minuman air sejuk.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.