
Sulit
4 tahun
Perut terasa dicucuk sehingga dibhgian blkng
Saya wanita berumur 48 tahun.saya mngalami kesakitan prut seprti dicucuk hingga fi bhgian blkng bdn.kesakitn itu mnyebabkn urat di tpk tngn sya klihtn.apakh pnyebb kskitn ini?apakh cara mngtsi kesakitn ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.