muhdnazminadir
6 tahun
Pil perancang effect period
Bulan lepas sy ada mengambil pil postinor 2 dlm 10/Jan/2019 , and saya mengalami period tetapi awal sehari dlm 22/Jan , period selama 6-7 hari , period yg kedua utk bulan februari masih belum datang , sepatutnya saya dtg period pada 23/feb , tetapi harini sudah 26, sy nak tnya ada darah period yg keluar pada bulan januari itu adalah betul darah period ataupun darah kehamilan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, besar kemungkinan darah yang keluar pada bulan Januari tersebut adalah darah haid. Biasanya darah kehamilan atau darah akibat implantasi kehamilan tidak banyak.
Perbezaan waktu kitaran haid bagi setiap bulan boleh disebabkan pelbagai perkara seperti tekanan, keletihan, terlibat dengan sukan lasak atau perubahan jadual aktiviti seharian. Ia juga boleh dipengaruhi oleh masalah kesihatan lain.
Sekiranya haid anda masih belum datang dalam tempoh 1-2 minggu, atau mengalami sebarang masalah lain seperti haid tidak teratur, terlalu banyak, terlalu sedikit atau terlalu sakit, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.
























