isaacsandra91
4 tahun
Pil perancang Yasmin bikin susah tidur
Hello doc, benarkah pil perancang Yasmin boleh menyebabkan seseorang yg mengambil pil tersebut susah untuk tidur… ini kerana kawan saya menyatakan sewaktu dia memakan pil perancang yasmin dia susah hendak tidur… hingga saya khuatir untuk menggunakan pil tersebut… mohon penjelasan doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara kesan sampingan pil perancang Yasmin adalah:
- Mual, muntah
- Sakit kepala
- Kembung perut
- Sakit perut
- Perubahan berat badan
- Sakit payudara
- Perubahan terhadap kitaran haid seperti haid yang berpanjangan, haid lewat, tidak teratur atau spotting antara haid.
Justeru, kemungkinan besar masalah susah tidur yang dialami teman anda bukanlah akibat pil perancang Yasmin. Secara umum, sukar tidur boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Stres dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk rakan anda, amalan sleep hygiene adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Anda boleh mencadangkan teman anda untuk melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah berlarutan atau menggangu aktiviti harian. Untuk itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.