
Sulit
4 tahun
Pinggul bwah kiri sakit
Hi doctor… Nk tye. Sy sakit pinggul kiri bwh hingga ke punggung skit… Sy prasan start awl april sy tido bwh sengal2… Lpastu sy mengurut… Tp org mngurut tu urut kuat sgt smpai sgt bdn sy xboleh sntuh lgsung… Yg blkg ni brtmbah sakit… Sy tukar mngurut lain, lega skjap lepas bertungku… Dia kta bkn sbb urat, mgkin org yg dlu tu urut kne tulang… Amk masa nk baik… Skrg mcm denyut2 bengkak je rasa…
Knpe ye dr.? Sbb otot ke
Sy diri ape smua ok… Nk jalan ok xrse skit… Tp klau tnduk mmg rse la… Klau dr ktil nk bgn diri mmg sengal sgt sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ketegangan otot tulang belakang
- Kecederaan pada tulang belakang atau pun pinggul seperti jatuh terduduk atau urutan yang terlalu kasar dan kuat
- Prolapsed intervertebral disc atau slipped disc
- Jangkitan pada tulang belakang
- Masalah tulang belakang seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis, spondylosis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius dan berlarutan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.