Anonymous
3 tahun
Pitam,berpeluh,pucat
Saya lelaki 45tahun,setiap kali saya sakit perut cirit birit,saya selalu akan mengalami gelap mata,berpeluh,badan terasa sejuk,dan pucat,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca untuk kejadian pitam adalah:
- Terdedah kepada panas yang melampau
- Lapar (kurang makan)
- Tekanan emosi
- Keletihan dan ketakutan yang melampau
- Dehidrasi
- Penyakit :
- Tekanan darah tiba-tiba menurun ( hypotension )
- Anemia
- Degupan jantung tidak menentu
- Serangan penyakit di otak
- Serangan Migraine
Untuk mengetahui punca dan berikan rawatan yang bersesuaian, pemeriksaan yang teliti dan maklumat yang selanjutnya amat diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.