Sulit

3 tahun

Polip serviks o&g period non stop start januari untill may

assalamualaikum/salam sejahtera doktor.boleh x doktor explain kat sy mengenai survical folips…sy ada masalah mengenai nya…sy da jumpa pkar o&g…scan bawah…doktr hosp kata sy ada folips…sbb sy period non stop dr januari hgga sekarang…sy da consume trimixide n ubat hormon still bleeding lagi… sblom ni doc ada amik sample pap smear n cuba utk ambil sample tisu utk folips tu tp xbrjaya sbb sy kesakitan… next week baru jumpa pakar semula utk buat procedure tu semula… sy takut la doktor adakah folips tu bahaya dan menyebabkan sy xblh mengandung?

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor

Polip serviks merupakan satu ketumbuhan yang licin, berbentuk jejari dan berwarna merah di dalam kawasan serviks. Selalunya, polip ini dikaitkan dengan masalah kemandulan. Polip ini selalunya bersifat benign (bukan kanser). Walau bagaimanapun, polip serviks boleh bertukar menjadi kanser.

Wanita boleh mempunyai lebih daripada satu polip dalam satu satu masa. Saiz polip tersebut pula mungkin berbeza-beza; sama ada lebih kecil daripada biji sawi atau lebih besar daripada bola golf. Selalunya polip tersebut akan kekal di dalam serviks wanita. Namun, kadangkala polip tersebut boleh tercabut dan turun ke bahagian bukaan serviks ke dalam vagina.

Punca sebenar yang menyebabkan wanita mengalami ketumbuhan ini masih tidak diketahui. Namun, polip boleh terjadi jika badan mempunyai reaksi abnormal yang menyebabkan mereka merembeskan hormon estrogen yang lebih banyak daripada biasa.

Inflamasi yang kronik pada bahagian serviks juga boleh menyebabkan pertumbuhan polip. Selain itu, wanita yang mempunyai salur darah yang tersumbat di bahagian serviks juga boleh menggalakkan pertumbuhan polip.

Doktor berkemungkinan besar akan mengesyorkan anda untuk membuang polip tersebut kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah kemandulan dalam kalangan wanita. Selepas itu, doktor akan menghantar sampel tisu untuk analisis. Analisis ini akan menentukan sama ada polip tersebut bersifat benign ataupun kanser.

Polip serviks selalunya dikaitkan dengan masalah kemandulan. Oleh sebab itu, jika anda mempunyai polip dan tidak boleh mengandung, pembuangan polip tersebut mungkin akan membantu anda untuk hamil.

Anda risau dengan masalah kesihatan di bahagian kemaluan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.

Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan rawatan yang sewajarnya. Terima kasih

woman%20wellness

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)