
Sulit
5 tahun
Postinor 2 cara pengambilan
Macam mana kalau makan hanya sebiji? Dan boleh perlu ke makan dua biji?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ubat tersebut tidak boleh diambil untuk setiap hari. Anda perlu menghabiskan kedua- dua ubat tersebut untuk keberkesanan efektif.
Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama. Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan ini menyebabkan anda perlu mengambil tablet tambahan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.