
Sulit
4 tahun
Postinor dan haid sedikit
Sy wanita 25 tahun…pada 2/6 saya ada bersama suami dan terbabas. itu adalah hari ke4 selepas haid… keesokkan harinya saya makan postinor 2biji sekaligus. pada 6/6 sekali lagi saya bersama suami. dan blow in. sekarang saya sudah haid hari ke 4. dan darah sudah agak berkurangan. adakah saya bebas dari risiko hamil walau haid agak sedikit kali ini…selalunya hari ke6 baru haid habis. harap dapat membantu.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor berkesan apabila dimakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Oleh itu, kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah. Sekiranya anda ingin mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang, anda digalakkan untuk mengamalkan kaedah perancangan keluarga yang bersesuaian dengna anda. Terdapat pelbagai jenis kaedah perancangan keluarga yang boleh anda pilih bergantung kepada kesesuaian dan kemudahan. Contohnya:
- Pil perancang kombinasi- makan setiap hari untuk 24/28 hari
- Pil progesteron sahaja-makan setiap hari untuk 28 hari
- Suntikan perancang- suntik setiap 3 bulan
- Implan perancang- setiap 3 tahun
- Intrauterine contraceptive device- setiap 3- 5 tahun
- Kondom
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.