
Sulit
3 tahun
Postinor second dose
Saya wanita berusia 24 tahun Saya dan suami ada buat family planning. Kami melakukan hubungan bersama, tp suami mengeluarkan air mani luar dari faraj saya iaitu di bahagian badan. Saya telah ambil postinor dlm masa 2 jam, tetapi tidak mengambil second dose dlm masa 12 jam. Adakah kemungkinan terjadi kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan ini harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang kecemasan harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.
Pil perancang kecemasan ini boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.
Walaubagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.