
Sulit
5 tahun
Pregnancy test double line tetapi garisan kedua samar-samar
hai selamat pagi,saya seorang isteri bekerjaya dan pernah mengalami keguguran tahun lepas…baru-baru nie saya ada buat ujian kehamilan kerana miss period 11hari,kebiasaannya kitaran haid hari ke 21 setiap bulan mesti akan datang period tetapi hari yang dinantiksn tak kunjung tiba…ujian kehamilan pertama nampak dua garisan tetapi garisan kedua tu samar-samar sangat seperti garisan lidi…ujian kehamilan yang kedua tetap sama hasilnya,macam mana nak pastikan saya benar-benar hamil atau tidak…?atau ujian kehamilan yang dibuat terlalu awal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa kemungkinan masalah seperti diatas boleh terjadi:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda mungkin hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan sederhana seperti pemeriksaan urine pregnancy test (UPT). Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPTadalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.