
nadia012629
5 tahun
Pregnent ataupun tidak
saya umur 25 tahun saya tak confirm saya mengandung ke tak sebab semua simtom pregnent ade…buat ujian air kencing still negative nak ikut tarikh lepas period 15.6.2019

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari. KItaran haid dapat dikatakan lewat apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Selain kehamilan, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah ovulasi
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
Keguguran
Kehamilan ektopik
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil. Sebaiknya dilakukan pemeriksaan UPT ulang sebelum membuktikan status kehamilan dengan pemeriksaan darah ataupun scan .
Anda juga mungkin hamil tetapi UPT negatif atas beberapa sebab seperti:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih