cheongkokloong
5 tahun
Prosedure Kuarantin Untuk Covid-19
Selamat Sejahtera Doktor,
Saya ada tetamu daripada Singapura akan bermesyurarat di Malaysia selama 12 hari. Adakah saya perlu kuarantin sendiri daripada keluarga saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang isu yang dihadapi. Anda tidak perlu dikuarantin hanya kerana anda mempunyai tetamu dari SIngapura. Namun, berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Sekiranya terdapat gejala-gejala COVID-19 seperti dibawah, silakan untuk merujuk doktor dengan klik ( Tanya Doktor Pakar KKM ) yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal).
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































