
Anonymous
4 tahun
Punca Sukar Untuk Hamil
Saya wanita lingkungan umur 20an.setiap kali melakukan hubungan kelamin,kemaluan saya menjadi sakit bahagian pangkal rahim.dan apakah pemakanan yg terbaik untuk hamil.terimakasih DR.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin . Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan dan sakit selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Bagi menjawab soalan kedua puan iaitu makanan terbaik untuk hamil, sila klik pada link tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan puan, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.