Sulit
4 tahun
Ragu2 dengan kehamilan
saya wanita umur 22 tahun. Saya melakukan seks pada 28/8 hanya sperma terkena luar faraj saya. Saya ragu2 tentang hamil saya. Kemudian 30/8 saya datang haid seperti biasa. Adakah saya hamil doktor. Mohon penjelasan dengan segera doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif.
Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Sekiranya puan masih ragu-ragu, sebaiknya melakukan pemeriksaan darah untuk menentukan status kehamilan anda dengan lebih pasti.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
























