
Sulit
4 tahun
Rahim rasa mengeras dan selalu rasa nak kencing
Saya hafizah, umur 19 tahun… Selepas sy period minggu lepas, tiba2 bahagian rahim sy rasa mengeras and selalu rasa nak kencing…kadang2 ada rasa mual juga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab pertanyaan anda kami perlu memastikan organ yang mengeras itu adalah rahim anda. Kesakitan yang anda alami ini boleh disebabkan oleh banyak perkara.
Masalah/gejala ini juga boleh disebabkan oleh:
- Hamil
- Gangguan hormon
- Sindrom Polycystic ovary
- Masalah kelenjar tiroid
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang maslaah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!