
Sulit
4 tahun
Rahim rosak/rahim tidak sihat
salam doc.benar kah jika jari memasukkan dalam faraj bisa mandul?..sebab sya risau akan rahim sya ni…secara senyap sya pernah melakukan jari memasukkan dalam faraj…dan sampai sekarang sya masih tidak mengandung…apa kah itu mandul…sya risau doc…apakah itu tanda rahim rosak?..

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perkara yang anda nyatakan tidak boleh menyebabkan kemandulan atau membawa buruk kepada kesuburan.
Antara punca ketidaksuburan bagi wanita:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.