
Sulit
4 tahun
Rahim sakit seperti senggungut tapi tak datang haid?
saya wanita berumur 17 . sya suda terlanjur brsma bf sya but use protection. setiap kali hari yang sya dijangka haid. bahagian bawah perut ( tempat senggungut) dan pinggang sya berasa sakit dan keras seperti saya mngalami senggungut , namun dalam masa yang sma saya tida datang haid selama 3 bulan. akan tetapi , saya suda melakukan ujian kehamilan tapi negtive.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah rahim yang sakit pula, ia boleh berpunca daripada beberapa sebab, seperti:
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Kanser serviks
- Ketumbuhan atau kanser ovari
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!