
Sulit
4 tahun
Rambut gugur,sakit dada , sakit pinggang
Saya berumur 14 tahun dan semakin hari saya rasa rambut saya gugur lebih banyak (dalam 5 helai dalam satu masa)adakah ianya normal?? Dan saya juga selalu juga rasa sakit si bahagian dada ,dan pinggang(atau perut) adakah itu juga normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Pada umumnya masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Faktor genetik
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan
Dapatkan supplement bagi mengurangi gejala rambut anda segera !
Sementara itu, untuk makluman anda, masalah sakit dada boleh berpunca daripada pelbagai penyebab yang lazim, antaranya ialah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui rawatan kepada masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi