
Sulit
4 tahun
Rasa ada sesuatu di tekak sejak 2-3hari
Sy seorang wanita berusia 32tahun, sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak…sejak akhir2 ini saya merasa tidak selesa dan sedikit sakit dada di sebelah kiri…setiap kali sy cek blood pressure pasti pulse rate sy 95-100 macam tu…tapi sy cek semasa sedang bekerja…x pasti samada kerja sy sbg nurse di pusat dialisis mempengaruhi heart rate sy memandangkan sy seorang yg energetik dan x boleh duduk diam…sy juga rasa seperti ada sesuatu di tekak…tp ia seperti datang dan pergi…tp agak kerap juga dlm sehari…blood pressure sy ok dlm 120/85…cuma pulse rate sahaja selalu tinggi…boleh doktor beri penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, denyutan nadi normal bagi orang dewasa adalah 60 hingga 100 kali per menit. Jika denyutan nadi/pulse rate anda berada dalam anggaran berikut, maka anda normal dan tidak perlu risau akan perkara tersebut. Berkenaan dengan masalah tidak selesa pada tekak, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
- penyakit GERD
Mengenai sakit dada yang anda alami, ia boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti masalah ketegangan otot, masalah tulang, GERD ataupun masalah jantung. Maklumat terperinci daripada anda dan pemeriksaan susulan diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah ini. Justeru, jika masalah anda berlarutan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/ hospital berdekatan bagi mendapat kesimpulan yang sempurna.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.