
Sulit
5 tahun
Rasa badan berdenyut dan sangat berangin
saya berumur 24 tahun… sudah seminggu saya rasa seluruh badan berdenyut terutamanya semasa baring, berdenyut di dada, belakang badan,belakang leher, kadang2 rasa dibahagian perut … ditambah lagi apabila badan sangat berangin tak seperti sebelum ini. Setiap masa rasa berangi walalupun telah makan mengikut masa yang disyorkan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Punca sakit dada:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Punca dada berdenyut:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.