
Sulit
5 tahun
Rasa badan panas, batuk, selsama, letih
sudah 1 minggu rasanya badan panas macam demam dan batuk sikit, tidak dapat fokus semasa bekerja
3hari lepas, semasa tunggu lrt, susah dpt bernafas dan pening kepala… tapi duduk 10mins, sudah ok
pagi ini dah selsama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala badan panas yang anda nyatakan adalah sangat subjektif. Sila pergi ke fasiliti kesihatan terdekat ataupun dapat termometer untuk mengukur suhu tubuh anda yang meningkat tersebut. Suhu tubuh melebihi 37.5 dapat dianggap sebagai demam.
Di samping itu, melihat kepada kejadian wabak yang berlaku, andainya anda mempunyai riwayat ke negara China atau terdedah kepada pesakit dari China, adalah sangat dicurigai sekiranya anda terkena jangkitan Coronavirus. Hal ini kerana kumpulan gejala yang anda alami adalah sangat mirip jangkitan virus Corona iaitu:
Justeru, sekiranya anda benar demam, silakan untuk segera rujuk ke doktor agar dapat diberikan rawatan awal. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.