
Sulit
4 tahun
Rasa berdenyut dan tidak selesa di Bawah perut
Saya berasa berdenyut dan tidak selesa seperti panas dia bahagian Miss V yang berdekatan di bawah perut. Adakah normal atau bahaya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda alami seperti:
- Dermatitis
- Jangkitan (Bacterial Vaginosis)
- Jangkitan yis
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Alergi pada sabun atau kain
- Menopaus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.