
Sulit
4 tahun
Rasa berdenyut / sakit di bahagian dada
saya wanita berumur 28 tahun dan tidak mengandung. Saya sudah lama merasai seperti berdenyut atau sakit di bahagian dada (bukan sakit yang terlalu sakit cuma sakit yang tidak selesa dan kerap), cuma saya tidak pasti adakah itu sakit di bahagian payudara atau dada. denyut/sakit ini selalunya saya rasa di bahagian payudara kiri di tepi bawah ketiak kiri. adakah perkara ini berkaitan dengan jantung?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengelakkan kesakitan pada dada. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.