
Sulit
5 tahun
Rasa dada kurang selesa selepas makan
Setiap kali selepas makan saya akan rasa perut kembung, dada sakit dan tak selesa. Selepas beberapa lama saya sendawa banyak kali…barulah lega rasa dada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada setelah makan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah pundi hempedu
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Memandangkan gejala ini telah berlaku beberapa kali, adalah digalakkan untuk anda memerhatikan perubahan rasa sakit apakah bertambah atau berkurang sewaktu berehat atau beraktiviti. Andainya gejala memburuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.