Sulit
3 tahun
Rasa demam selepas swab test covid-19
salam, saya mewakili kenalan saya untuk bertanya. semalam adalah kali ke-2 kenalan saya melakukan swab test. keputusan utk swab test pertama adalah negatif. adakah normal selepas melakukan swab test beliau merasakan seperti demam, selsema dan gatal tekak? hari ini dikira hari pertama beliau mengalami demam selepas swab test semalam. semalam pun sudah ada rasa seperti nak demam selepas pulang dr melakukan swab test
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Untuk mengatakan bahawa swab tersebut yang menyebabkan demam mungkin tidak. Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.