azeemazraei23
4 tahun
Rasa denyutan pada dada kanan Dan tgh dada selain tempat jantung
Hi saya lelaki berumur 19tahun saya sering rasa Ada denyutan pada dada kanan Dan tgh dada tetapi denyutan itu berlaku dengan sekejap selepas itu denyutan itu hilang dalam 1-2minit, apa petanda tu doctor? Saya merupakan penghidap anxiety Dan gastrik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk dan selaput dada (costochondritis)
- Serangan gastrik
- Refluks asid
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami gejala tersebut kerana banyak perkara yang perlu diambil kira untuk mengeetahui puncanya.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sukar bernafas
- Batuk berkahak
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Lemah dan lesu
- Pening kepala
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































