
Sulit
4 tahun
Rasa denyutan pada ovari kiri
saya pernah bersama suami ketika haid, haid saya telah berhenti tetapi seminggu lewat. Selepas sahaja tamat tempoh haid, rasa denyutan pada ovari sebelah kiri saya. Adakah ada apa apa buruk yang bakal berlaku pada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat banyak penyebab masalah ini boleh berlaku antaranya ialah:
- masalah ginekologi -yang berkaitan dengan ovari atau sistem reproduktif wanita
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Buat waktu sekarang, anda perlu bertenang dan tidak memikirkan tentang kemungkinan yang negatif. Sebaiknya, kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Hal ini kerana untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Selain itu, anda dinasihatkan agar tidak melakukan hubungan seksual bersama suami ketika sedang haid atas dasar kebersihan dan pencegahan sebarang jangkitan kuman.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah ini? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!