
Sulit
5 tahun
Rasa discomfort di dada kiri
Saya lelaki 25 tahun. Hari ni masuk hari ke 23 saya rasa tidak selesa/discomfort di dada kiri dan bahagian bawah leher. Discomfort sikit. Discomfort ni mula mula jadi masa saya duduk menggunakan laptop dan selepas makan makanan bercili.
Tiada sakit semasa nafas/sesak nafas/batuk/demam/sakit tekak/selesema/squeezing.
Heart rate saya 63-70. Sebelum PKP saya jogging 1-3 seminggu.
Saya tidak ada rasa burning kat dada, berselera untuk makan, tiada sakit untuk menelan.
Apa pendapat doktor tentang masalah yang saya alami pada dada kiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.