
girlsaggi
2 tahun
Rasa gatal pada anus
Saya wanita berumur 37 tahun, rasa gatal di anus terutama di waktu malam. Sudah makan ubat cacing zentel (suspension) 2 btl tetapi masih juga gatal…blh dc beri suggesstion

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada punggung boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Buasir - pendarahan buasir boleh menyebabkan kegatalan
- Penyakit Radang Usus
- Jangkitan kulat
- Jangkitan virus seperti HPV
- Jangkitan cacing
- Ketumbuhan dalam anus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.