Anonymous
3 tahun
Rasa gatal pada vagina
Saya wanita berusia 22 tahun, mempunyai masalah iaitu rasa gatal pada bahagian vagina… pada kali pertama saya pernah mengalami keputihan berbentuk seperti tisu yang basah tetapi tidak berbau…selepas itu vagina saya kerap rasa gatal dan pernah menggaru shngga luka… saya pernah berjumpa dengan doktor rujuk mengenai masalah saya dan mereka memberi krim zarin dan calamine… dalam 3 minggu mnggunakan krim tersebut vagina sy tetap rasa gatal malah rasa gatal tersebut lebih extrimis… baru minggu lepas darah haid saya bewarna hitam…
6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
• Penggunaan estrogen secara ubat makan
• Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
• Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
• Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
• Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































