
Sulit
4 tahun
Rasa ketidak selesaan di dada bahagian kiri
Saya lelaki berusia 28 tahun. Saya ada sakit dada sebelah kiri yang dah berlarutan sejak 3 ke 4 tahun yang lalu. Saya dah ke klinik dan hospital sebelum ni dah telah melakukan ECG beberapa kali namun tiada apa yang ditemui. Saya juga pernah berjumpa dengan doktor pakar dan waktu itu doktor pakar itu bertanya sama ada sakit yang di alami boleh di tunjuk dengan 1 jari atau sakit itu besar lokasinya di dada. Saya beritahu beliau sakit nya boleh di tunjuk dengan hanya 1 jari dan beliau beritahu jika ia hanya 1 lokasi kecil ianya bukan sakit jantung dan kebiasaannya ia merujuk kepada masalah tulang/otot. Sakit dada saya bukan sebenarnya sakit tetapi rasa tidak selesa dan apabila saya tekan tekan di kawasan tetek saya, sakit itu akan kurang/hilang dan saya akan berasa lega. Sakit juga akan hilang selepas saya merokok walaupun saya tahu saya patut berhenti merokok. 3 ke 4 tahun lepas saya kerap bermain badminton menggunakan tangan kiri dan kebiasaannya saya tidak melakukan warm up dan bermain sehingga betul betul penat. Saya cuma risau dan ketidak selesaan ni seolah olah “bertambah” apabila saya risau dan membaca masalah sakit dada yang dihidapi orang lain. Tetapi sewaktu saya sedang sibuk berkerja atau fokus pada benda lain, saya akan lupa akan sakit ini dan tidak merasa apa apa. Apa pendapat doktor mengenai hal ini?

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
![chronic-gastric-gastrik-kronik|665x500]
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
(https://doctoroncall.com.my/tanyadoc/uploads/default/original/2X/4/447097fd3a32c70b9083c8e08bba2e94973b9883.jpeg)