
Sulit
4 tahun
Rasa nak pitam selalu .kebas dan kesemutan selalu terjadi pada tangan dan kaki .degupan jantung selalu naik bila² masa
sya lelaki berumur26 .saya baru² ini mengalami kenaikan tempo heartbeat saya . selalu kebas dan kesemutan pada tangan dan kaki .rasa loya dan nak muntah .kepala berpusing pusing selalu nak pitam

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya untuk mencaapi diagnosis yang tepat, pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan perlu ditanyakan serta pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Namun begitu, secara amnya, sakit dada boleh disebabkan oleh
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.