
Sulit
3 tahun
Rasa panas di zakar & buah zakar selama sejam
Saya lelaki 20 an , semalam sewaktu saya tidur, saya terasa panas di bahagian zakar selama 2 jam, apakah penyakit yang mungkin saya hadapi ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami keresahan yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa hangat pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Tindak balas pada krim atau losyen
- Kesan geseran yang terlalu kuat tanpa pelincir yang sesuai
- Seluar terlalu ketat atau tebal
- Jangkitan pada kemaluan
- Alahan pada kemaluan
Berikut merupakan diagnosis umum. Nasihat rawatan dan diagnosis yang tepat tidak dapat diberi kerana tiadanya perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.