
Sulit
4 tahun
Rasa penat dan sukar bernafas
Hai Dr. Saya Najwa umur 23 tahun. Saya nk bertnya saya ada mengalami rasa penat dan sukar untuk bernafas. Saya mengalami perut yang kembung dan keras. Apa masalah yang saya hadapi Dr. Terima kasihh atas maklum balas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Merujuk kepada gejala sakit perut berangin dan kesukaran bernafas, kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Memandangkan gejala ini telah menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.