
Sulit
3 tahun
Rasa pening2 berpusing nak muntah dan loya
Assalamualaikum doktor…saya lelaki berusia 20 tahun . sy NK tnye,bila sy sakit kepala ,pening,kdg2 loya Dan munth…bila trjd sprti Tu, bile sy berdri,ap yg sy lihat berpusing2…tkot bila NK brdri,Rasa sprti Mahu pengsan… tapi bila berdiri okay je cuma pening2 sikit. haritu saya ada msalah telinga berdarah disebabkan cucuk . setiap kali saya nak tidor saya pakai earphone , adakah itu msalah saya doktor ? cuba terangkan . terimakasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad kerana maklumat yang anda serikan di atas adalah tidak mencukupi. Oleh itu, kami tidak dapat untuk membantu membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi.
Akan tetapi, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan telinga dalam
- Meniere disease
- Benign paroxysmal positional disease
- Vestibular neuritis
- Migrain
- Masalah pada bahagian otak
- Vertigo
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekali lagi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat . Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.