
syaza.nazurah26
5 tahun
Rasa pil tersangkut di kerongkong
Salam. Sejak 2 hari lepas saya rasa macam ada sesuatu seperti pil tersangkut di kerongkong. Saya tidak demam, batuk ataupun selsema. Minum dan makan tidak rasa sakit. 3 hari lepas jugak saya ada order makanan secara delivery dan saya ada makan sambal yang termat pedas tak pernah makan sambal pesad macseumur hidup

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketidakselesaan tekak atau globus sensation boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketegangan otot kerongkong
- Tiada koordinasi otot
- Refluks asid dari perut
- Postnasal drip
- Tindak balas emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.