
Sulit
4 tahun
Rasa sakit di bahagian rahim selepas bangun tidur
Hi doktor, saya seorang wanita berumur 19 tahun dan belum berkahwin. saya mengalami sakit di bahagian rahim selepas bangun tidur dan ianya berlaku beberapa kali dalam setiap sebulan. adakah ianya perkara yang serius ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah rahim yang sakit, ia boleh berpunca daripada beberapa sebab, seperti:
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Kanser serviks
- Ketumbuhan atau kanser ovari
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!