
Sulit
5 tahun
Rasa senggugut walaupun haid sudah berhenti
Sy berumur 44 thn… kembali menggunakan IUCD sejak Dec 2019. Pd mulanya period sema 8 hari…selepas kering 4 hari krmbali period…sekiranya lebih drpd 15 hari bermula dr hari pertama, adakah dianggap berpenyakit?
2. Sy sudah pakai IUCD selama 4 bulan sekarang…pengiraan sekiatar 23-25 hari selepas hari pertama period…masalahnya, slps habis period, rasa senggugut kembali terasa. Sebenarnya sy dh ada tanda2 sptapa patut sy buat?
-risau- ini sebelum menggunakan IUCD lg.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Salah satu kesan dari penggunaan IUCD adalah kitaran haid tidak teratur seperti mana yang anda alami.
Bagi soalan nombor 2 anda, ia mugkin disebabkan oleh masalah yang dipanggil secondary dysmenorrhea di mana sengugut bukan disebabkan oleh otot rahim bekerja untuk mengugurkan lapisannya. Ianya mungkin disebabkan oleh:
Ovulasi
Kehamilan atau kehamilan luar rahim
Adenomyosis
Pelvic inflammatory disease
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga bleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.