
Sulit
4 tahun
Rasa tak puas bila bernafas dan susah sangat untuk bernafas. kena tarik dalam dalam baru rasa sikit. dada pun selalu sakit secara tiba tiba dan rasa macam ketat
saya wanita berumur 20 tahun. akhir2 ni saya rasa macam susah sangat nak bernafas dan rasa tak puas bila bernafas. selalu juga dada saya sakit secara tiba2 dan rasa ketat. bila baring atau tidur, makin susah saya nak bernafas sampai buat saya tak selesa. apa puncanya ya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini secara amnya dikenali dengan masalah kesukaran bernafas atau sesak nafas. Ianya mempunyai pelbagai etiologi dan sebab yang berbeza seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sakit dada pula mempunyai ciri-ciri tersendiri dan sebabnya berbeza mengikut apa yang digambarkan pesakit. Ianya boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sesak nafas merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar jantung atau paru-paru mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.