
Sulit
4 tahun
Rawatan bg polip/sista
Apakah rawatan yang sesuai untuk check vagina sama ada mempunyai polip/cysts?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan. Check adalah pemeriksaan atau ujian yang dilakukan untuk mendapatkan diagnosis. Manakala rawatan diberi untuk merawat gejala atau penyakit setelah diagnosis diperolehi.
Akan tetapi, untuk memeriksa sista yang kebiasaannya berlaku di ovari dan polip yang berlaku di rahim, imbasan ultrasound sering digunakan. Untuk melihat dengan mata kasar bahagian vagina atau faraj pula, speculum boleh digunakan untuk melihat dinding faraj dan cervix.
Terdapat juga kaedah lain seperti imbasan CT, MRI dan sebagainya bergantung dengan keperluan anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuilebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.