
Sulit
4 tahun
Rawatan ubat HIV dan kesan sampingan bila buat suntikan pemutih wajah dan badan
saya seorang lelaki berusia 23 tahun dan sudah menerima rawatan ubat hart hiv selama 6 bulan . Persoalannya, Boleh kah saya buat Suntikan untuk kulit muka dan badan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pesakit dengan virus HIV akan terdedah kepada timbulnya penyakit AIDS yang mana ia bermaksud acquired immune deficiency syndrome yang mana ini bermaksud pesakit akan mempunyai sistem imun tubuh yang lemah.
Apabila pesakit HIV melakukan rawatan berupa suntikan, ini dapat mendedahkan pesakit kepada risiko jangkitan yang mana sekiranya jangkitan ini ganas dan tidak mampu dilawan oleh tubuh, boleh menyebabkan kematian. Justeru, perawatan yang melibatkan suntikan atau darah adalah tidak digalakkan bagi pesakit AIDS lebih-lebih lagi sekiranya tempat perawatan bukanlah tempat yang mengamalkan konsep steril. Andainya anda masih mahu mendapatkan suntikan, berbincanglah terlebih dahulu dengan penyedia suntikan tersebut tentang kondisi HIV anda serta risiko-risiko yang akan dihadapi.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.