
nurkamilaabdullah
2 tahun
Rawatan untuk pesakit kansee prostat
Adakah kanser prostat berbahaya? Apakah rawatan yang boleh dijalankan kepada pesakit kanser prostat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kelenjar prostat adalah kelenjar berbentuk walnut kecil pada lelaki yang menghasilkan cairan semen bagi menyuburkan dan mengangkut sperma.Kanser prostat adalah salah satu daripada jenis kanser yang paling biasa terjadi kepada lelaki. Biasanya proses perkembangan kanser prostat berlaku dalam tempoh yang lama dan pada mulanya melibatkan kelenjar prostat sahaja. Justeru itu, kanser prostat yang berkembang dengan perlahan mungkin hanya memerlukan rawatan yang minima manakala jenis kanser prostat yang agresif memerlukan rawatan intensif dan invasif untuk mengelakkan komplikasi penularan ke bahagian organ yang lain.
Kanser prostat yang dikesan awal - yang hanya melibatkan kelenjar prostat sahaja - mempunyai peluang yang lebih positif dengan rawatan yang efektif. Jika ia pada tahap yang lewat, ia mungkin memerlukan pembedahan dan kemoterapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.