
Sulit
2 tahun
Resah dan mnyebabkan rasa tdk senang bernafas
sy balik dari kl 18hb dan sepanjang sy d kampung, stiap hri sy akan rsa risau dn resah sbb rasa panas dalam yg on/off and prnah ke klinik temperature sy normal. adakah itu cuma perasaan saya yg mempengaruhi semua ini doc? risau susah hati sebab saya dari airport, so takut jadi pembawa even tkde closed contact. anyway, sy detect yg sy cepat rasa resah smpai susah bernafas atau tk smpai ni dlm setahun lalu. dia akn keluar bila mcm bnda menakutkan trutama melibatkan kesihatan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejals yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keresahan akan menunjukkan simptom seperti:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Anda juga digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.