
shaaffz
5 tahun
Right-Sided Chest Pain
Saya seorang wanita berusia 20 an. Sakit bahagian dada kanan selalu terjadi.
Sering kali apa bila mengangkat barang, saya mudah sesa nafas. Dan adakala bila berjalan, rasa hendak pitam. Kadang waktu saya berehat, tidak melakukan apa-apa sakit itu turut muncul. Adakah ia juga berkait dengan gastrik ? Atau penyakit lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Oleh kerana lokasi sakit dada kanan berdekatan dengan organ-organ tubuh seperti paru dan perut, penyebabnya dapat pelbagai terkait dengan organ tersebut. Biasanya, sakit di dada kanan dapat terjadi oleh pelbagai hal yang seperti:
- muscle strain
- jangkitan paru
- stress
- GERD
Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti sesak nafas ataupun sakit dada seperti ditimpa beban berat, sebaiknya anda segera mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan kerana takut terjadi hal-hal seperti dibawah:
- serangan jantung
- angina
- radang jantung
- darah beku ke paru-paru
- pneumothorax
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.