
Sulit
4 tahun
Risau jangkitan hiv…tpi test HIV rapid negatif
Bolehkah sy tahu maksud sakit tengorakan disebabkan HIV…boleh beri penjelasan?.sbb sy ada mengalami sakit tekak… tpi tanda lain belum ada…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Lazimnya sakit tenggorokan yang terkait HIV boleh disebabakan oleh
- aktiviti yang melibatkan oral seks dengan individu yang positif HIV
- aktiviti lain yang melibatkan transmisi cairan tubuh ke kawasan muka dari individu yang terjangkiti HIV
- urusan pekerjaan yang melibatkan rongga mulut dengan perkara-perkara yang terkontaminasi HIV
HIV dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.