
Sulit
4 tahun
Risiko berhenti pill hormon
Sy berumor 47 tahun. Sy telah mengambil pill yaz selama 3 tahun atas nasihat doktor kerana pendarahn haid yg terlampau banyak. Setelah mengambil pill yaz, darah haid berkurang atau tidak terlalu banyak. Adakah sy perlu meneruskan ambil pill ini? Apakah risiko kalau sy berhenti mengambil pill ini? Adakah darah haid sy akan kembali tidak normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil Yazmin biasanya digunakan untuk:
- Merancang kehamilan
- Jerawat
- Premenstrual dysphoric disorder
Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Mual, muntah.
- Keputihan
- Kulat di faraj
- Sakit payudara
- Gangguan haid
- Pendarahan antara haid
- Penurunan libido
- Peningkatan berat badan.
Memandangkan perdarahan telah terjadi lama, adalah digalakkan untuk anda memeriksakan diri ke doktor kerana dikhuatiri situasi ini akan menyebabkan anda lemah, pening kepada dan kurang darah.
Oleh itu, sila rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih