
Sulit
5 tahun
Ruam di bahagian kulit lengan dan belakang badan
Saya wanita berumur 30 tahun dan mengalami masalah ruam di bahagian lengan dan belakang badang. Ruam tersebut sentiasa ada di permukaan kulit tidak kira waktu. Saya cuma ingin tahu what is the best solution untuk masalah ini kerana dari sekolah rendah saya dapati ianya telah anda dan makin bertambah. Ianya jarang gatal dan kering. Kegatalan mungkin berlalu ketika saya berpeluh atau panas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang anda berikan todak mecukupi .Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah ruam merah. Antaranya:
Heat rash
Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
Penyakit sopak garam iaitu urticaria
Penyakit vasculitis
Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Terutamanya bagi masalah kulit, pakar perubatan harus melihat snediri keadaan kulit anda untuk membuat diagnosis yang tepat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.