
Sulit
4 tahun
Ruam di tangan selepas menaiki motor
Saya lelaki dan mengalami ruam gelembung di jari selepas menaiki motor. Gelembung berair dan melepuh di jari saya.Saya menaiki motor pada waktu pagi dan sampai ke destinasi pada tengah hari. Adakah perubahan suhu memberikan saya ruam di jari? Kerana suhu pada pagi amat sejuk dan menjadi amat panas pada waktu tgh hari dan saya tidak memakai sarung tangan. Tiba saja di lokasi saya terus mandi dan merasakan badan saya panas walaupun saya sedang berehat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda mengalami ruam di jari. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami memberikan jawapan yang dikehendaki. Oleh itu berikut hanyalah sebab-sebab umum ruam. Antaranya:
Lepuh akibat geseran (friction blister)
Cacar air (chicken pox)
Kayap (shingles)
Dermatitis
Alahan pada ubat
Alergi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.