Sulit
5 tahun
Ruam pada badan/ bintik merah seperti jerawat
Saya lelaki berumur 27 tahun. Saya sebelum ni pernah melanggan pelacur tetapi saya hanya melakukan seks oral semata-mata. Saya telah menjilat kemaluannya sehingga dia klimaks. Itulah kali pertama dan terakhir saya melakukannya. Setelah itu, saya curiga dan takut. Pada 4 hari seterusnya saya melakukan hiv test di hospital. Saya didapati negatif hiv. Adakah jangkitan hiv mempunyai tempoh tertentu? saya risau pada hari saya melakukan test hiv tersebut, saya belum terinfeksi. Setelah 15 hari, badan saya dinaiki ruam merah. Saya berjumpa doktor, dia cakap itu hanyalah ruam biasa boleh jadi hama di tempat tidur. Adakah saya perlu melakukan hiv test sekali lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ketepatan sesuatu ujian HIV adalah bergantung kepada jenis ujian yang dijalankan. Sebagai contoh, ujian HIV yang mengesan antibodi melalui jari akan mengesan HIV dalam tempoh 18 hingga 45 hari selepas anda melakukan hubungan tersebut.
Terdapat pelbagai sebab ruam merah boleh berlaku. Antaranya:
- Alahan
- Hama
- Gigitan serangga
- ruam akibat HIV memandangkan anda telah melakukan aktiviti yang meningkatkan risiko jangkitan.
Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan ujian tersebut sekali lagi bagi mendapatkan pengesahan sama ada anda dijangkiti virus tersebut atau sebaliknya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































